Monday, November 1, 2010

H : Mahogani Daun Lebar @ Swietenia Macrophylla


Pokok Mahogani Daun Lebar ini tumbuh di negara –negara yang mengalami panas lembap sepanjang tahun. Kebanyakannya tumbuh secara semulajadi dan ada juga yang ditanam sendiri. Kayu mahogani ini bernilai tinggi kerana mudah dikerjakan dan sangat dekoratif. Di kawasan kajian ini, terdapat sebatang pokok Mahogani Daun Lebar iaitu di kawasan lapang berhampiran PHS2. Pokoknya mempunyai dahan yang bercabang dan sangat sesuai untuk teduhan. Terdapat banyak jenis burung yang hinggap pada pokok ini.

pokok mahogani daun lebar
 buah pokok mahogani

Pokok ini boleh tumbuh setinggi lebih 30 meter. Batang kayunya lebih bulat dan lurus, berwarna abu-abu dan halus ketika masih muda, berubah menjadi coklat tua, beralur dan mengelupas setelah tua. Benih berwarna coklat bersayap yang panjangnya antara empat hingga lima sentimeter dan tersebar dengan bantuan angin. Setiap buahnya terdiri daripada 35 hingga 45 butir benih.


PENGKELASAN SAINTIFIK

ALAM
Tumbuhan
DIVISI
Magnoliophyta
KELAS
Magnoliopsida
FAMILI
Meliaceae
GENUS
Swietenia
SPESIES
S. macrophylla

No comments:

Post a Comment