Pokok Medang Teja merupakan pokok yang bersaiz sederhana dan mempunyai bau yang kuat. Ia digunakan dalam perubatan untuk mengubati sengal-sengal tulang dan demam. Bahagian akarnya digunakan untuk tujuan perubatan ini. Ketinggiannnya boleh mencecah sehingga 15 meter. Daunnya padat dan pucuknya berwarna merah yang menarik. Ia sering digunakan sebagai pokok teduhan. Pokok –pokok ini banyak terdapat di belakang PHS2 dan menjadi teduhan kepada tempat letak kereta disitu. Burung ciak rumah banyak hinggap di pohon ini pada waktu petang.
PENGKELASAN SAINTIFIK
ALAM | Tumbuhan |
DIVISI | Magnoliophyta |
KELAS | Magnoliopsida |
ORDER | Laurales |
GENUS | Cinnamomum |
SPESIES | C. iners |
No comments:
Post a Comment