Monday, November 1, 2010

biodiversiti dan kepentingannya...

biodiversiti atau kepelbagaian biologi merupakan kewujudan pelbagai jenis spesis tumbuhan dan haiwan dalam persekitaran semula jadi di atas muka bumi ini. Penggangaran biodiversiti di bumi itu telah melebihi 100 million spesis termasuk organisma fosil di dalam bumi ini. Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan biodiversiti. Ahli biologi telah menggangarkan biodiversiti telah melebihi 15000 spesis tumbuhan yang belum ditemui dalam negara Malaysia.




mengapa biodiversiti perlu dijaga??


Dalam Al-Quran ada menyebut bahawa Allah S.W.T. menjanjikan rezeki kepada setiap makhluk-Nya yang dilahirkan ke dunia ini seperti yang terkandung di dalam Surah Sabaa, Ayat 39 yang bermaksud "Katakanlah sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di kalangan hamba-hamba-Nya dan Dia menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang siapa sahaja yang kamu nafkahkan (belanjakan), maka Allah S.W.T. akan menggantikannya dan Dialah juga sebaik-baik pemberi rezeki". Justeru, dalam konteks ini, biodiversiti merupakan sebahagian daripada rezeki anugerah Ilahi kepada kita di muka bumi ini. Oleh yang demikian, sebagai khalifah Allah, manusia diamanahkan untuk menguruskan rezeki kurniaan-Nya dengan penuh kebijaksanaan baik di daratan, lautan mahupun di angkasa.


Terdapat beberapa kepentingan untuk menjaga biodiversiti di seluruh dunia ini. Kepentingan yang pertama adalah ia dapat membekalkan banyak servis persekitaran (environmental services) kepada manusia dan spesis yang lain juga. Antaranya,pendebungaan,kitaran,khasiat dan dapat mengawal iklim dan komposisi atmosfera. Selain itu,semua spesis mempunyai interaksi dengan spesis lain dan ekosistem untuk mendapat makanan, tempat perlindungan dan keperluan asas. Jila salah satu spesis sudah pupus, kehidupan spesis lain yang bergantung kepadanya akan terjejas,ekosistem akan dipengaruhi. Tambahan pula, kepelbagaian spesis dan ekosistem telah membekalkan banyak produk biologikal yang telah memainkan peranan yang penting dalam aspek ekonomi.



Konklusinya, biodiversiti memainkan peranan yang amat penting dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar kita. Justeru, kewujudan biodiversiti jangka panjang adalah sangat perlu bagi memastikan keseimbangan dan kelestarian alam sekitar kita terus terpelihara. Kesedaran masyarakat mengenai peri pentingnya biodiversiti kepada pembangunan ummah dan negara perlulah dipupuk dari semasa ke semasa agar keselamatan biodiversiti kita terus terjamin. Selain itu, penambahbaikan ke atas pengurusan biodiversiti secara lestari perlu dilakukan bagi menjamin pengekalan khazanah tersebut untuk turut dinikmati oleh generasi akan datang. Oleh yang demikian, kita perlu mewujudkan satu garis panduan yang dapat melahirkan satu interaksi sihat antara manusia, biodiversiti dan alam sekitar yang didiami agar khazanah yang sangat berharga ini akan terus terpelihara.

No comments:

Post a Comment