Tuesday, November 2, 2010

Burung Gembala Kerbau @ Common Myna

Sepanjang kajian dijalankan, spesies burung inilah yang paling banyak kelihatan di waktu petang mahupun di waktu pagi. spesies ini banyak bermain di atas rumput dan juga diatas pokok. Spesies ini biasanya ditemui dalam kumpulan dan di habitat yang terbuka seperti padang rumput. Individu dewasa mempunyai bulu berwarna coklat dengan bahagian kepala berwarna kekelabuan. Pada bahagian sayap, terdapat tompok berwarna putih manakala seluruh bahagian bawah sayap berwarna putih. Bagi individu junevil pula,warna bahagian kepala lebih pudar berbanding individu dewasa. Spesies ini mengeluarkan bunyi hee hee,chirk-a-chirk dan krr krr ci ri ci ri,krrup krrup krrup. Kadangkala ia juga mengeluarkan bunyi chake-chake jika terkejut dan kwerrh jika diusir dari kawasannya. Pembiakan musim pembiakan adalah sepanjang tahun. Individu betina bleh menghasilkan antara 4-6 biji telur yang berwarna biru kehijauan berkilat. Sarangnya besar dan binaanya tidak kemas, biasanya di bina dalam lubang pokok, puncak pokok lain yang di tinggalkan atau sarang tupai.
 burung Gembala Kerbau yang terdapat di kawasan lapang dihadapan Bangunan PHS2.
(gambar diambil pada 20/10/10, 9.10am)
 (gambar diambil pada 28/10/10 ,4.56pm)
PENGKELASAN SAINTIFIK 

Nama Tempatan : Burung Tiung, Burung Gembala Kerbau, Common Myna
Famili:sturnidae
Nama saintifik:Acridotheres tristis
Makanan :  serangga, buah-buahan dan ada sesetengah bersifat omnivorus
 

2 comments:

  1. cmna nk halau brumng ni dr buat sarang?

    ReplyDelete
  2. Ada sarang dia ka.. Ada anak x.. Kalau ada saya nk.. Dia buat sarang kt mna.. Location

    ReplyDelete