Monday, November 1, 2010

A : Belimbing Madu @ Averrhoa Carambola



Belimbing besi merupakan tumbuhan asli Sri Lanka dan popular seluruh Asia Tenggara. Warna buah adalah hijau sehingga kuning keemasan dan apabila dipotong secara melintang menonjolkan bentuk bintang. ia adalah buah yang tidak bermusim seperti durian, rambutan, manggis dan sebagainya. Terdapat banyak kelebihan dan khasiat daripada tanaman ini. Antaranya ialah pohon ini dapat menyerap buangan gas-gas beracun daripada kenderaan bermotor, menapis debu, menjadi peredam bunyi dan juga memelihara alam dari pencemaran sebagai akibat kegiatan manusia. Daripada segi perubatan pula, belimbing dapat menurunkan paras gula dalam darah pengidap kencing manis dan juga sesuai dimakan oleh pengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi, dan lain-lain lagi. agen penyebaran bagi pokok ini ialah biji benih, haiwan dan manusia.


pokok belimbing madu

(gambar diambil pada 28/10/10 , 5.22pm)

PENGKELASAN SAINTIFIK

ALAM
Tumbuhan
DIVISI
Magnoliophyta
KELAS
Magnoliopsida
ORDER
Magnoliopsida
GENUS
Averrhoa
SPESIES
A. carambola



No comments:

Post a Comment