Tuesday, November 2, 2010

Biawak Air @ Varanus salvator


Sudah lumrah habitat biawak akan hidup di kawasan yang lembap dan berair. Spesies ini ditemui berhampiran dengan parit Monsoon. Namun bilangannya tidak sebanyak di Tasik Harapan dan di Tasik Aman yang mana kawasan ini menjadi kawasan utama habitat bagi spesis ini. Biawak air menjadi antara spesis yang menyumbang kepada ekosistem terbesar di dalam USM.  Biawak mampu membesar sehingga lebih 3 meter (9.8 kaki) panjang, dengan saiz purata kebanyakan biawak matang sekitar 2.5 meter (8.9) panjang. Berat maksima Varanus salvator adalah lebih 90 kg, tetapi kebanyakannya adalah separuh saiz tersebut. Badannya berotot dengan ekor panjang, berkuasa, mampan secara melintang ("laterally").



 biawak air @ Varanus Salvator di sekitar kawasan Parit Monsoon
(Gambar diambil pada 28/10/10)

No comments:

Post a Comment