Monday, November 1, 2010

F : Pukul Lima @ Samanea Saman


Ramai yang tidak tahu bahawa nama pokok ini menggambarkan sifat dedaunnya yang menguncup waktu senja. Ia boleh tumbuh setinggi 25 meter dan seluas 40 meter dari garis pusat. Apabila berbunga pokok ini diselaputi bebunga berwarna merah jambu dan putih seakan berus. Ia banyak digunakan dalam perubatan . di filipina, ia digunakan untuk menyejukkan badan, melegakan sakit tekak dan juga sakit kepala. Latexnya pula digunakan sebagai gam. Di Venezuala pula, pokok ini digunakan untuk menyejukkan badan, mengubati cirit-birit, dan juga sakit perut. Pohonnya yang rendang dan dahan yang bercabang membuatkannya amat sesuai untuk tujuan peneduhan di kawasan-kawasan lapang. Epifit banyak menjalar pada batang pokok untuk mendapatkan cahaya matahari. Serangga  sperti semut juga banyak menghuni kawasan ini.

epifit yang terdapat pada pokok Pukul Lima
(gambar diambil pada 19/10/10, 6.48pm)

PENGKELASAN SAINTIFIK

ALAM
Tumbuhan
DIVISI
Magnoliophyta
KELAS
Magnoliopsida
FAMILI
Fabaceae
GENUS
Samanea
SPESIES
S. saman

No comments:

Post a Comment