Pemerhatian di kawasan kajian mendapati burung ini mudah kelihatan pada waktu senja. Burung ini mudah kelihatan pokok-pokok yang berdaun tidak lebat seperti pokok semarak api. Burung ini hinggap secara sekawan di pokok tersebut. Tubuh berukuran agak kecil iaitu kira-kira 29 cm. Burung Punai Gading Jantan mempunyai kepala abu-abu kebiruan. Sisi leher, tengkuk bawah dan garis melintang pada dada warna merah jambu. Dada bahagian bawah berwarna jingga. Perutnya berwarna hijau dengan bahagian bawah berwarna kuning. Sisi-sisi rusuk dan paha bertepi berwarna putih. Penutup bawah ekor coklat kemerahan. Penutup ekor atas perunggu. Punggungnya hijau. Sayap gelap dengan tepi kuning kontras. Ekor abu-abu dengan garis hitam di bagian subterminal dan tepi abu-abu pucat. bagi burung Punai Gading betina pula, badannya berwaran hijau sahaja. Iris merah jambu, paruh abu-abu biru pangkal hijau, kaki merah.Kelompok kecil hinggap pada pohon buah untuk makan. Bila terganggu terbang dengan kepakan sayap yang keras. Pada malam dan pagi hari, bersuara mendekur lembut dari tempat ia bertenggek. ia kelihatan di atas dahan pokok budi kerana buah kecil menjadi makanan kepada spesies ini. Telur berwarna putih, jumlah 2 butir.ia membiak hampir setiap waktu.
Burung Punai Gading jantan di atas pokok Budi
(gambar diambil pada 20/10/10, 6.22pm)
Burung Punai Gading betina di atas Pokok Budi
(gambar diambil pada 20/10/10, 6.26pm)
PENGKELASAN SAINTIFIK
NAMA TEMPATAN : Punai Gading
NAMA TEMPATAN : Punai Gading
NAMA SAINTIFIK : Treron vernans (columbidae)
No comments:
Post a Comment