Monday, November 1, 2010

C : Mambu @ Azadirachta Indica


Pokok Mambu atau juga dikenali sebagai Semambu (Azadirachta indica, sin. Melia azadirachta L., Antelaea azadirachta (L.) Adelb.) ialah sejenis tumbuhan dalam keluarga mahogani Meliaceae. Ia merupakan satu dari dua spesies dalam genus Azadirachta, dan tempatan di India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Ia tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika. Pokok Mambu dianggap sebagai pokok perubatan. Ia juga digunakan dalam upacara keugamaan Hindu dan banyak ditanam berhampiran kuil. Ianya diantara pokok herba yang tertua di dunia. Usia pokok mambu ni boleh mencapai 200 tahun - hampir 4 generasi boleh dapat manfaat pokok ni. Masyarakat di kampung menggunakan daun ini untuk merawat demam campak. Ia digiling bersama bedak sejuk dan disapu diseluruh badan. Daunnya juga di letak di bawah bantal/tilam. Di India daun mambu/kulit/akarnya digunakan untuk merawat luka-luka, kesan terbakar, calar2, sakit telinga, sakit kepala, demam, sakit kerongkong, keracunan makanan, kayap, hepatitis, selsema,VD, jerawat, penyakit kulit, penyakit jantung, masalah pengaliran darah,buah pinggang, masalah penghadaman, ulcer dan  sebagainya.

pokok mambu berdekatan PHS2
(gambar diambil pada 13/10/10, 9.54am)

Terdapat 2 batang pokok mambu yang terdapat di sekitar PHS2. Burung Dendang Selayang sering kelihatan di atas pokok ini pada awal pagi. terdapat juga epifit dan parasit yang menumpang untuk mendapatkan cahaya matahari .

PENGKELASAN SAINTIFIK
ALAM
Tumbuhan
DIVISI
Magnoliophyta
KELAS
Magnoliopsida
ORDER
Sapindales
KELUARGA
Meliaceae
GENUS
Azadirachta
SPESIES
A.indica

No comments:

Post a Comment