Tuesday, November 2, 2010

S : Budi @ Ficus Religiosa


Pokok budi  yang terletak berhampiran dengan pokok jemerlang,  adalah tumbuhan natif India dan boleh mencapai ketinggian sehingga 1524 meter. Pokok ini kebiasaannya digunakan untuk upacara keagamaan dan juga perkahwinan. Pokok yang besar ini mempunyai daun yang lebar berbentuk hati dan sesuai ditanam untuk perlandskapan kerana bentuknya yang cantik. Ia juga dapat memberikan peneduhan yang bagus kepada pengguna. Sepanjang pemerhatian dijalankan, kami mendapati burung punai gading sentiasa hinggap di dahan pokok ini dan burung Gembala Kerbau bermain-main secara berkumpulan di bawahnya. Selain itu, terdapat juga semut dan juga nyamuk di kawasan pokok ini apabila tiba waktu petang. 

 di sebalik dahan pokok budi ini, terdapat seekor burung Punai Gading yang berwarna kehijauan seolah-olah daun
( gambar diambil pada 20/10/10, 6.34pm)

PENGKELASAN SAINTIFIK

ALAM
Tumbuhan
DIVISI
Magnoliophyta
KELAS
Magnoliopsida
ORDER
Rosales
FAMILI
Moraceae
GENUS
Ficus
SPESIES
F. religiousa

No comments:

Post a Comment