Monday, November 1, 2010

I : White Cedar @Tabebuia Riparia

Pokok Tabebuia Riparia ini adalah salah satu pokok rasmi  bagi negeri Pulau Pinang . Ia boleh tumbuh sehingga 25 meter dan dikenali sebagai pokok trompet kerana ‘mahkotanya’ kelihatan seperti muncung alat muzik itu apabila mengeluarkan bunga. Pokok ini berbunga pada April dan Ogos, semasa musim panas, dan bunga-bunganya menutupi hampir keseluruhan pokok itu. ia juga merupakan pokok teduhan di sekitar kampus USM, menjadi tempat persinggahan burung-burung pada waktu petang.

 bunga tabebuia riperia menyerupai bentuk trompet
(sumber: internet) 

PENGKELASAN SAINTIFIK

ALAM
Tumbuhan
DIVISI
Magnoliophyta
KELAS
Magnoliopsida
FAMILI
Bignoniaceae
GENUS
Tabebuia
SPESIES
T. riparia


No comments:

Post a Comment