Tuesday, November 2, 2010

:Cadangan dan pembaikan ekosistem kawasan:

Sememangnya keadaan sungai akan lebih kaya dengan biodiversiti sekiranya tiada campur tangan binaan manusia. Namun dengan keadaan Parit Monsoon yang dahulunya merupakan sebatang sungai yang indah telahpun menerima impak atas pembangunan sekeliling menyebabkan kawasan ini hampir kehilangan nilai identiti semulajadinya. 

Bagi menangani masalah banjir yang sering melanda kawasan sekeliling sekiranya berlakunya hujan lebat, satu perubahan yang bijak perlu dilakukan disamping mengindahkan kawasan sediada. Sekiranya banjir berlaku, air hujan akan melimpah dari permukaan parit dan naik sehingga ke paras lutut. Hal ini disebabkan oleh saliran ke parit yang kecil dan kelebaran parit yang tidak mencukupi. 

Jambatan yang menghubungkan bangunan Eureka dan PHS2 juga agak sempit dan tidak menarik apabila dipandang. pembesaran jambatan juga perlu supaya pejalan kaki dapat menikmati keindahan biodiversiti di kawasan kajian.

Berikut merupakan cadangan ilustrasi bagi cadangan membaik pulih Parit Monsoon

Cadangan 1
 keadaan sedia ada

sungai dijadikan kawasan mini rekreasi untuk menenangkan minda dan juga diperluaskan lebarnya.penapisan perlu dibuat agar sungai tidak tercemar.

Cadangan 2

keadaan sungai sedia ada

Jambatan diruntuhkan dan digantikan dengan 'floating walking' supaya pejalan kaki dapat menikmati keindahan sungai. bukaan saliran air dibesarkan bagi memudahkan aliran air hujan bagi membantu kawasan kajian daripada mengalami banjir apabila hujan lebat.


Dengan cadangan -cadangan diatas, kami amat mengharapkan agar biodiversiti di kawasan ini terus dipelihara bagi menjamin kelestarian sumber alam. Diharapkan pembangunan penghijauan kawasan ini masih menghormati hak diversiti ekosistem makhluk alam.
" Sungai untuk dinikmati, bukan untuk dicemari "













No comments:

Post a Comment