Tuesday, November 2, 2010

Merbok Balam @ Streptopelia chinensis


Sepanjang pemerhatian, kami mendapati spesies burung ini hinggap di pokok semarak api yang terletak bersebelahan bangunan PHS2. 2 ekor burung merbok kelihatan berterbangan dan bertenggek di dahan pokok. Individu dewasa mempunyai kolar pada belakang tengkuk berwarna hitam yang lebar dengan bintik-bintik berwarna putih. Ekornya panjang serta terdapat warna putih pada bahagian luar hujung ekor. Semasa terbang, kelihatan jalur lebar berwarna ke- labu pudar merentasi bahagian atas sisi hujung sayap. Keseluruhan bahagian atas individu ini berwarna coklat kekelabuan serta terdapat jalur-jalur berwarna hitam dan cerah pada bahagian tepi. Bahagian atas kepala serta bahagian sisi telinga berwarna kelabu pudar manakala bahagian bawah tengkuk dan bawah badan berwarna cok- lat keunguan. Ia mempunyai bahagian rengkong serta bahagian bawah tongkeng yang berwarna putih manakala bahagian primer dan sekunder sayap berwarna hitam.  Mengeluarkan bunyi wu hu' crrroo wu-crrroo yang lembut dan berulang atau wu huuu- croo ataupun wu-hwrrroo wu-hwrrroo wu-hwrrroo yang lebih cepat.

 burung merbok yang bertenggek di atas pokok semarak api pada waktu petang 
(gambar atas : diambil pada 28/10/10, 5.06pm)
(gambar bawah : diambil pada 20/10/10, 5.53pm )
 PENGKELASAN SAINTIFIK
NAMA TEMPATAN : Merbok Balam, Spotted-necked Dove
FAMILI : Columbidae 
NAMA SAINTIFIK : Streptopelia chinensis

No comments:

Post a Comment