Tuesday, November 2, 2010

Pucung Keladi @ Nutorides striatus


Sepanjang pemerhatian kami hanya terdapat satu lokasi yang yang dikenalpasti sebagai kawasan persinggahan Pucung Keladi iaitu pada pokok dibahagian belakang bangunan Eureka. Hal ini berkemungkinan disebabkan kawasan ini berhampiran dengan kawasan saliran anak sungai. Secara keseluruhan burung ini berwarna kelabu dengan bahagian atas kepala berwarna hitam. Bahagian sisi berwarna kelabu dan kaki berwarna kemerahan. Panjang keseluruhan bagi burung ini adalah diantara 40.0-48.0 cm. Biasanya burung ini bersendirian menunggu di tepi gigi air untuk menangkap makanan.  Berbunyi skeow, k-yow atau k-yek bila terkejut dank itch-it ch itch biala terasa terancam. spesies ini membiak sepanjang tahun dengan jumlah telur di antara 3-5 biji. Sarangnya berbentuk seperti pelantar yang kasar, dibina atas pokok atau belukar sehingga 2-10m dari tanah. 

 burung Pucung Keladi yang bertenggek di atas pokok 
(gambar diambil pada 28/10/10, 4.59pm)

PENGKELASAN SAINTIFIK

NAMA TEMPATAN : Pucung Keladi
NAMA SAINTIFIK : Nutorides striatus
FAMILI : Ardeidae


No comments:

Post a Comment