Tuesday, November 2, 2010

Pepatung


Pepatung akan hinggap di bunga dan dibahagian air. Patung-patung yang berterbangan di tumbuhan yang berair berkemungkinan disebabkan pada tumbuhan itu terdapatnya telur patung-patung. Pepatung atau sibur-sibur merupakan sejenis serangga dalam order Odonata, suborder Epicrota atau, lebih tepat lagi di bawah infraorder Anisoptera. Ia dikategorikan bedasarkan ciri-ciri mata bersegi besar, mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar, dan berbadan panjang. Walaupun pepatung mempunyai 6 kaki seperti serangga-serangga lain, ia tetap tidak boleh berjalan. Pepatung juga merupakan serangga yang paling laju terbang. Pepatung adalah pemangsa berguna yang memakan nyamuk, dan pelbagai serangga kecil lain seperti lalat, lebah, semut dan kupu-kupu. Ia biasanya boleh dijumpai di sekitar tasik, kolam, sungai dan tanah lembap kerana larvanya, yang juga dikenali sebagai “nimfa”, adalah bersifat akuatik.
  Patung-patung 
Family: Anisoptera
(gambar diambil pada 27/10/10, 5.10pm)

No comments:

Post a Comment